MIRI: Konsert terbuka, Borneo Jazz kembali lagi dengan menjanjikan persembahan hebat nama-nama besar dalam muzik Jazz di Asia dan antarabangsa bermula hari ini dan esok di Hotel Parkcity Everly.
Band tempatan, West Jazz Band akan membuka tirai konsert bermula jam 7.30 malam.
Ini diikuti dengan persembahan daripada pemenang album vokal jazz terbaik Australia Lisa Young Quartet, Scott Martin Latin Soul Band dari Amerika Syarikat dan kumpulan The Nylons dari Kanada.
Persembahan pada malam kedua pula dibuka oleh kumpulan Asian Jazz All-Stars Power Quartet yang merupakan gabungan pemuzik jazz dari Singapura, Hong Kong, Fili-pina dan Thailand.
Hiburan diteruskan dengan persembahan daripada kumpulan Hazmat Modine dari Amerika Syarikat, Mo’ Blow dari Jerman dan diakhiri dengan persembahan kumpulan Jump4Joy dari Sweden.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Rashid Khan memberitahu, fokus utama penganjur ialah untuk memastikan pengunjung dan pe-minat merasai bersama pengalaman serta hiburan sebuah konsert jazz yang hebat.
“Ini dilakukan dengan menjemput band-band dan pemuzik jazz yang berkualiti dan berpengalaman dalam membuat persembahan di pentas-pentas antarabangsa,” jelasnya.
Dianggarkan seramai 9,000 pe-ngunjung akan hadir menyaksikan konsert ini pada dua malam itu.
Ini merupakan tahun kelapan STB menganjurkan konsert ini yang merupakan antara aktiviti menarik di Miri pada setiap bulan Mei.
Konsert sebelum ini dikenali Miri International Jazz Festival (MIJF) dari 2006 hingga 2011.
No comments:
Post a Comment